Saturday, 21 April 2012

Pertandingan Nilam Pendidikan Khas Peringkat negeri Sabah [2012]

Tahniah atas penganjuran pertandingan tahun ini.Syabas kepada yang berjaya dan kepada yang kurang berjaya, cuba lagi dalam pertandingan akan datang.

credit : Hairiah Tea Cha Hai

Kursus Kemahiran di Kolej Vokasional Keningau tahun 2013

 Kemasukan Pelajar Pendidikan Khas untuk mengikuti Kursus Kemahiran di Kolej Vokasional Keningau pada tahun 2013.

Pengambilan hanya dibuka kepada semua pelajar Pendidikan Khas di seluruh Sabah lepasan Tingkatan 3. Kursus yang ditawarkan pada masa ini adalah : 
1. Kursus Juruteknik Elektrik Rendah dan 
2. Kursus Pembuat Perabot. 
Program Road Show Kolej Vokasional Keningau (Pendidikan Khas) akan diadakan di seluruh Sabah dalam jangka masa terdekat ini, jangan lepaskan peluang untuk mengikuti program bergerak ini dan ambil peluang untuk mengenali kursus yang ditawarkan yang bersesuaian dengan pelajar.
kemasukan hanya dibuka untuk pengambilan tahun 2013 sahaja. Ini disebabkan kuota kemasukan setiap tahun sentiasa penuh. Pendaftaran boleh dibuat secara online menerusi iklan dalam laman web KPM. Harap maklum.

Falsafah Pendidikan Negara

"Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara."

Panduan Mengajar Kemahiran Membaca Kepada Anak Autisma


PANDUAN 1.
Gantungkan beberapa kad perkataan pada dinding. Perkataan pada kad terdiri perkataan yang telah di ketahui dan juga perkataan baru bagi mereka. Contohnya perkataan "lari', arah anak tersebut gantungkan perkataan "lari" di sebelah perkataan "saya" (anggaplah perkataan "saya" sudah difahami) sambil menyebut dan mengulang perkataan tersebut.
Jika perlu beberapa perkara boleh dilakukan mengikut keupayaan anak murid;
1. Arahkan anak murid melukis perbuatan "berlari" di sebelah kad perkataan "lari".
2. Arahkan anak murid melakukan perbuatan "belari"
3. Arahkan anak murid memadankan perkataan "lari" dengan kad imbas "berlari".
*** panjangkan / pelbagaikan ayat mengikut keperluan dan lakukan secara berulang.

PANDUAN 2.
Isi bakul atau baldi dengan pelbagai jenis bahan bacaan. Bahan-bahan ini boleh berkisar dari fiksyen dan buku non-fiksyen kanak-kanak, majalah alam, manual, brosur perjalanan, atau apa pun yang bergambar atau diagram. Pastikan juga anda menyertakan bahan bacaan yang berkaitan dengan topik yang dipelajari dan juga mampu menarik minat mereka.

PANDUAN 3.
Di satu bahagian di bilik, sediakan satu pusat menulis. Sediakan pelbagai jenis peralatan menulis dan melukis dalam pusat tersebut seperti pen, pensel, marker, warna lilin, pensel warna, chop dan papan menulis magnetic. Galakkan anak murid untuk sering menggunakan peralatan tersebut walaupun kelihatan mereka tidak pun menulis sesuatu perkataan yang dibacanya.


PANDUAN 4.
Hasilkan sebuah buku berdasarkan aktiviti yang dilakukan di dalam bilik darjah / rumah. Gunakan kamera digital untuk mengambil gambar pelbagai aktiviti yang dilakukan oleh anak murid dan tampalkan gambar yang sudah dicetak di dalam buku nota yang disediakan. Galakkan anak murid untuk "membaca"  buku tersebut dengan menambah atau memberi keterangan sendiri terhadap gambar yang dilihat. Atau biarkan  meraka imlak keterangan yakni guru/ibubapa menulis keterangan yang disebut anak murid dan kemudiannya baca kan semula keterangan tersebut kepada mereka.

PANDUAN 5.
Bacakan kepada mereka sekerap mungkin. Jelaskan detail dalam gambar, dan minta mereka untuk melakukan hal yang sama untuk memastikan bahawa mereka memahami apa yang anda baca.


**TIPS & !!AMARAN
**  Fokus pada perkataan yang anak murid bermotovasi untuk belajar. Contohnya, jika anakmurid suka belajar tentang bunga, membaca tentang bunga, tengok bunga, dan galakkan mereka untuk mengimlakkan cerita bagaimana bunga tersebut membesar/tumbuh.

!! Meskipun kebanyakkan kanak-kanak belajar dengan baik dengan pendekatan phonics, ini sebenarnya jarang berlaku untuk anak autisma. Fokus pada pengajaran bahasa secara keseluruhan sebagai gantinya. Jangan memaksa anak-anak untuk membaca. Sebaliknya, sediakan mereka dengan persekitaran yang boleh memotivasikan mereka untuk mahir dalam kemahiran membaca.
  
Sumber:
http://prappki.blogspot.com/
http://www.ceritarasahati2.com/

Perbezaan Murid Disleksia dengan murid Pemulihan Khas


Disleksia
o1. Keupayaan intelek searas atau lebih
o2. Aras kecerdasan 100 dan lebih
o3. Kurang memahami apa yg diperkatakan dan berpengetahuan dari segi lisan.


Pemulihan.
o1. Keupayaan intelek yg terhad
o2. Aras kecerdasan 70 dan kurang
o3. Masalah membaca dan menulis berterusan

PPI - RPI: SENARAI SEKOLAH YANG SEDIA ADA USER ID

(19)SK RANCA-RANCA WP LABUAN
(20)SMK LAJAU, LABUAN
(44)SK BANDAR TAWAU II,Sabah
(45)SMK DATUK PETER MOJUNTIN,  Sabah
(46)SM TEKNIK KENINGAU,Sabah
(47)SMK BADIN,Sabah
(70)SMK. BAHANG, PENAMPANG,Sabah
(71)SK. KIBABAIG, PENAMPANG,Sabah
(72)SK. PENAMPANG, SABAH
(73)SK. KG. CONTOH, PENAMPANG,Sabah
(74)SK. LUYANG, KOTA KINABALU,SABAH
(75)SK. BAHANG, PENAMPANG, SABAH
*****Sumber Facebook PPI-RPI oleh Puan Suraya Ahmad Zathu

BIDANG TUGAS PEMBANTU PENGURUSAN MURID PPKI

Pengurusan Kelas Akademik Pendidikan Khas
1. Menjaga Hal Ehwal Murid Pendidikan Khas
2. Pengurusan Bilik Darjah/Bangunan Pendidikan Khas
3. Pengurusan Dokumen dan Stok Pendidikan Khas
4. Perjalanan Pengajaran dan Pembelajaran5. Pengurusan / Pergerakan dan Aktiviti Murid Pendidikan Khas (Mobiliti)
6. Tugas Sewaktu Cuti Sekolah

PENGHURAIAN KERJA BAGI SKIM PERKHIDMATAN PEMBANTU PENGURUSAN MURID
1. SKIM PERKHIDMATAN 1.1 Pembantu Pengurusan Murid Gred N17, N 22
 2. PERINGKAT ORGANISASI2.1 Kelas Akademik Pendidikan Khas
 3. RINGKASAN TUGAS3.1 Bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas membantu guru di kelas-kelas akademik pendidikan khas di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia.

 4. SKOP FUNGSI DAN BIDANG TUGASPembantu Pengurusan Murid ( PPM ) bertanggungjawab ke atas tugas-tugas seperti berikut:-
 4.1 Menjaga Hal Ehwal Murid Pendidikan Khas
4.2 Mengawasi murid semasa perubahan P&P/ sewaktu guru
4.3 Menjaga murid yang sakit sementara menunggu kedatangan ibu bapa/penjaga/ semasa urusan ke hospital.
4.4 Membantu merawat kecederaan ringan yang dialami oleh murid.
4.5 Bersama murid pada perhimpunan rasmi sekolah.
4.6 Menjadi contoh dan teladan yang baik kepada murid dari segi tingkah laku, tutur bahasa dan kekemasan diri.
4.7 Membantu menguruskan murid baru.
4.8 Membantu mengambil dan menghantar buku rekod kedatangan murid ke pejabat.
4.9 Membantu mengawasi murid sewaktu RMT dan semasa rehat.

5. PENGURUSAN BILIK DARJAH/ BANGUNAN PENDIDIKAN KHASBertanggungjawab membuka dan menutup kelas serta memastikan kelas dalam keadaan terurus sebelum dan selepas P&P.

5.1 Memastikan kebersihan dalam dan luar bilik darjah/bangunan Pendidikan Khas.
5.2 Memastikan kebersihan di dalam dan di luar tandas Pendidikan Khas.
5.3 Membantu murid menjaga projek pendidikan khas seperti kebun, taman dan lain-lain.
5.4 Membantu menjaga keselamatan alatan di dalam dan di luar bilik darjah/ bangunan Pendidikan Khas.
5.5 Membantu menyediakan ruang maklumat dan mengemaskini papan kenyataan dari semasa ke semasa.
5.6 Membantu mewujudkan suasana bilik darjah yang kondusif.
5.7 Membantu menceriakan dalam dan luar bilik darjah/bangunan Pendidikan Khas.
5.8 Membantu memastikan kandungan peralatan dalam peti ubat dan alat pemadam api masih boleh digunakan.

6. PENGURUSAN DOKUMEN DAN STOK PENDIDIKAN KHAS
6.1 Membantu menyusun fail Pendidikan Khas dengan teratur dan mudah diperolehi.
6.2 Membantu dalam pengurusan surat menyurat.
6.3 Membantu mengemas kini data murid setiap bulan.
6.4 Membantu mengemas kini rekod dan fail murid.
6.5 Membantu membuat inventori peralatan dan perabot di dalam kelas.

7. PERJALANAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
7.1 Membantu menyediakan bahan,peralatan dan buku yang diminta oleh guru sebelum sesi P & P7.2 Membantu mengurus masalah tingkahlaku murid semasa P&P sekiranya perlu.
7.3 Membantu menguruskan murid semasa aktiviti P&P sekiranya perlu.
7.4 Membantu murid inklusif di kelas aliran perdana sekiranya perlu.

8 PENGURUSAN/PERGERAKAN DAN AKTIVITI MURID PENDIDIKAN KHAS (MOBILITI)Membantu:
 8.1 Menguruskan murid yang tidak mampu berjalan atau bergerak dengan sendiri untuk ke sesuatu tempat .
8.2 Setiap aktiviti terapi dan aktiviti luar contohnya terapi renang, terapi berkuda, senamrobik, terapi refleksiologi, aktiviti sukan dan aktiviti lawatan.
8.3 Mengawasi pergerakan murid ketika mereka menjalani aktivitim kokurikulum.
8.4 Menghantar dan mengambil murid inklusif di kelas aliran perdana.

9 TUGAS SEWAKTU CUTI SEKOLAH
9.1 CUTI PENGGALMemastikan:
 9.1.1 Bilik darjah dan tandas di blok pendidikan Khas sentiasa bersih, kemas dan selamat.
9.1.2 Semua peralatan kelas dalam keadaan selamat dan tidak rosak.
9.1.3 Projek Pendidikan Khas seperti kebun, taman dan lain-lain sentiasa dijaga dengan baik.
9.1.4 Menghubungi Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas/ Penyelaras sekiranya diperlukan untuk tindakan segera.

9.2 CUTI AKHIR TAHUN Memastikan:
9.2.1 Bilik darjah dan tandas di blok pendidikan Khas sentiasa bersih, kemas dan selamat.
9.2.2 Semua peralatan kelas dalam keadaan selamat dan tidak rosak
9.2.3 Projek Pendidikan Khas seperti kebun, taman dan lain-lain sentiasa dijaga dengan baik.
9.2.4 Menyemak stok dan inventori.
9.2.5 Melabel dan mengemaskini sistem fail.
9.2.6 Menyediakan borang-borang dan fail untuk pendaftaran murid baru.
9.2.7 Menghubungi Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas/Penyelaras atau Guru Pendidikan Khas yang lain sekiranya diperlukan untuk tindakan segera.

10. TUGAS-TUGAS RASMI LAIN YANG DIARAHKAN DARI SEMASA KE SEMASA OLEH PIHAK PENGURUSAN

Sumber: Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas, JPN Wilayah Persekutuan WEBSITE
http://www.upkkl.com/

Ujian Diagnostik untuk anak-anak bekeperluan khas


Ujian diognastik
Ujian diagnostik merupakan satu instrument yang digunakan untuk mengukur daerah kelemahan murid secara terperinci. melalui ujian ini, guru dapat mengenal pasti apakah masalah sebenar murid di peringkat awal. Hal ini secara tidak langsung akan memudahkan guru merancang kejayaan program Pemulihan kelak.

Ujian diagnostik dibina berdasarkan beberapa perkara iaitu :
soalan dibahagikan kepada beberapa bahagian :
  • Diagnostik Pengamatan

  • Diagnostik Lisan

  • Diagnostik Tulisan

Diagnostik Pengamatan
Tujuan pelaksanaan ujian ini adalah untuk mengesan kelemahan keupayaan murid seperti gerak mata, koordinasi mata-tangan dan kecekapan saraf. Sebahagian soalan mengandungi arahan-arahan yang perlu disebut oleh guru dan dilakukan oleh murid.


Diagnostik Lisan
Tujuan pelaksanaan ujian ini adalah untuk mengesan kelemahan keupayaan murid seperti pertuturan, gagap, gerak mata, membaca, menyebut, mengeja, membatang perkataan. Sebahagian soalan ada meminta murid memberikan pendapat mengenai sesuatu gambar yang ditunjukkan.


Diagnostik Tulisan
Tujuan pelaksanaan ujian ini adalah untuk mengesan kelemahan keupayaan murid dari segi pergerakan tangan dan mata. Murid diuji secara langsung berdasarkan soalan dalam aspek koordinasi mata dan tangan, kekemasan menulis, menulis dengan cermat, tulisan yang boleh dibaca, setara dan berstruktur. Sebahagian soalan akan menyerlahkan kesilapan murid semasa menulis seperti menulis terbalik, menulis tidak mengikut susunan, tulisan comot, struktur ayat yang bercampur aduk hufur besar dan kecil.

Selesai pelaksanaan ujian diagnostik, guru bolehlah membuat analisa setelah mengetahui daerah kelemahan murid. Di sini, guru perlu mengasingkan murid mengikut daerah kelemahan masing-masing. sekiranya murid AB dan F tidak boleh mengeja suku kata KV+KVKK, guru perlu meletakkan mereka dalam satu kumpulan. Jika murid CG dan H tidak boleh membina ayat, mereka perlu diasingkan dalam satu kumpulan yang lain.

 credit to By Hairiah Tea Cha Hai in Komuniti Guru-Guru PPKI (Pendidikan Khas), Negeri Sabah ·

Takwim Aktiviti Kokurikulum PPKI Negeri Sabah 2012




KLIK GAMBAR UNTUK PAPARAN YANG LEBIH BESAR.

Takwim Pengurusan EMK 2012


BIL TARIKH TEMPOH AKTIVITI TINDAKAN
FASA 1 (Permohonan pada Januari 2012)
1 08- 13 Jan 2012 6 hari Taklimat kepada PPD/ Pengetua/Guru Besar  JPN
2 08-13 Jan 2012 6 hari Mengedarkan borang permohonan kepada murid  Pengetua/Guru Besar
3 18 - 31 Jan 2012 2 minggu Key-in permohonan EMK secara online  Sekolah
4 18 - 31 Jan 2012 2 minggu Mengesahkan permohonan yang diterima daripada sekolah  BPKhas/BPTV/JPN
5 Februari 2012   Menurunkan peruntukan kepada BPKhas/BPTV/JPN BKew
FASA 2 (Permohonan pada September 2012)
6 1 -30 Sept 2012 1 Bulan Key-in permohonan EMK secara online  Sekolah
7 1 - 30 Sept 2012 1 Bulan Mengesahkan permohonan yang diterima daripada sekolah  BPKhas/BPTV/JPN
8 Oktober 2012   Menurunkan peruntukan kepada BPKhas/BPTV/JPN Bkew

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN AJK KECIL KOKURIKULUM PPKI SABAH 2012-2013

NAMA PENGERUSI TEKNIK/LATIHAN SEKOLAH TELEFON
NORIS BIN MARLIN Balapan dan Padang SK PEKAN TELIPOK 019-8935717
KAMARUDIN MAD ARIF SK LUYANG 019-8717278
SUFRIMADI BIN SANORDIO Tilawah Al-Quran SK KAMPUNG SELAMAT 019-8545693
MOHD RIZAL BIN RAMELIN Pengakap SK PENAMPANG 012-6227926
ROSMAINEH BIN ROSLI SMK BEAUFORT, BEAUFORT 013-5588649
RAZIF BIN RADUAN Boling SMK TANSAU, PENAMPANG 019-8839600
SAMSIR BIN YASYO Futsal SK KOLOMBONG 013-8308002
FARAH AIDA SANIP Bola Jaring SM TEKNIK, KENINGAU 013-7307907
ALUISTER BIN BALANG Petanque SMK BEAUFORT, BEAUFORT 013-8793797
MALAKIN TARINTIM Goal Ball SMK BADIN, TUARAN 019-8021240
NELLY PUKOT Kesenian/Kebudayan SMK KOLOMBONG 019-8321682

NAMA JURULATIH SEKOLAH TELEFON
PAUL GINDONG Balapan dan Padang SMK ARSHAD, KOTA BELUD 019-8011496
FATIMAH ZAHARA MOHD KAMAL Tilawah Al-Quran SK KAMPUNG SELAMAT 019-4337356
ASMAN BIN HANAPI Boling SMK BENONI, PAPAR 019-8733579
BURHANUDDIN B. LAODING Futsal SK KIBABAIG 013-8830213
AZLEEN SHUHAIDA MOHD AZHAR Bola Jaring SM TEKNIK, KENINGAU 013-3655466
ROSNI BINTI TAHIR Petanque SMK BEAUFORT, BEAUFORT 013-8798008
BONNIE SOINEH Goal Ball SMK BADIN, TUARAN 013-8602055


 

KEMASUKAN MURID KE TAHUN SATU DI SEKOLAH KEBANGSAAN PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI


AKTIVITI



1.       Ibubapa/penjaga menghantar anak ke hospital.


2.       Doktor membuat pemeriksaan dan pengesahan tentang kecacatan.


3.       Ibubapa/penjaga mendaftar anak dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) – Kad OKU . Borang Pendaftaran Dan Cadangan Penempatan Kanak-Kanak Keperluan Khas (BPKKKU – Pindaan 2007)


4.       Ibubapa/penjaga mendaftar anak dengan JPN / Pejabat Pendidikan Daerah. PPD keluarkan surat bagi tujuan ujian temuduga (Murid dan Ibu Bapa) ***(BPKKKU – Pindaan 2009)


5.       Ujian Temuduga Jawatankuasa Penentuan Penempatan Sekolah. Memanjangkan dokumen berkenaan kepada PPD dan PPD ke Unit PKhas SPSPK di Jabatan Pendidikan Negeri.


6.       Jawatankuasa Penempatan Murid Berkeperluan Khas Negeri menentukan sekolah yang sesuai mengikut keperluan dan kekosongan.


7.       Unit Pendidikan Khas SPSPK di Jabatan Pendidikan Negeri menyalurkan senarai penempatan murid yang terpilih masuk ke Program Integrasi kepada Guru Besar / Ibu Bapa berkenaan.


8.       Ibubapa / penjaga membuat pengesahan dengan pihak sekolah. Mengisi borang P.U (A)275


9.       Ibubapa / penjaga mendaftar anak di Sekolah Program Integrasi.

10.     Pra Sekolah (Berumur 4+).


11.     Persekolahan Tahun Satu.

Bengkel Asas Petanque : SMK Datuk Peter Mojuntin [2012]

Satu bengkel permainan Petanque dikalangan guru dan murid Pendidikan Khas telah diadakan di dewan SMK Datuk Peter Mojuntin pada 14 April 2012. Penceramah yang telah dijemput ialah En. Awang Sabtu Pg. Tahir, Setiausaha Persatuan Petanque Sabah. Dalam bengkel ini, para peserta bengkel didedahkan dengan asas-asas permainan petanque seperti sejarah petanque, cara permainan, undang-undang petanque dan akhir sekali aktiviti praktikal yang dijalankan di balapan petanque SMK Datuk Peter Mojuntin.





Home Visit

Aktiviti Home Visit ini ialah merupakan salah satu aktiviti yang diwujudkan bertujuan untuk mengenal dengan lebih rapat tentang profil murid yang ingin dilawat, disamping untuk merapatkan silaturahim antara guru dan keluarga murid.

Diangkat menjadi aktiviti setiap bulan bagi PPKI SK Kibabaig, Home Visit kali ini ialah untuk melawat kediaman adik Ramona di Kawasan perkampungan Moyog Penampang. Perjalanan mengambil masa selama 45minit dari pekan Donggongon Penampang. Setibanya di check point, para guru perlu mendaki bukit untuk sampai ke rumah adik Ramona.

Setibanya di kediaman adik Ramona, borang kaji selidik telah disediakan dan ibubapa adik Ramona telah ditemuramah tentang hal2 berkaitan adik ramona seperti contoh, apa makanan kegemaran, aktiviti selepas balik sekolah, jumlah adik beradik dan banyak lagi.

Home Visit kali ini banyak memberi pengajaran kepada kedua belah pihak. Diharapkan dengan aktiviti sebegini, potensi adik Ramona serta murid-murid yang lain dapat diperkembangkan pada masa akan datang.


Kursus Kemahiran Asas Kaunseling dalam Menangani Kanak-Kanak Berkeperluan Khas


Baru-baru ini, Sekolah Psikologi & Kerja Sosial, Universiti Malaysia Sabah bersama dengan Sektor Pendidikan Swasta & Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Negeri Sabah telah bergabung dan mengadakan kursus ini yang bertempat di DKP 1o UMS pada 31 Mac 2o12.

Majlis ini telah dipengerusikan oleh En. Azahar Che Latif dan program ini telah dijalan selama satu hari bermula dari jam 7.3 pagi hingga jam 5. petang.

Majlis telah dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Dekan Sekolah Psikologi & Kerja Sosial UMS iaitu Prof. Madya Dr. Murnizam Hj. Malik dan seterusnya majlis diteruskan dengan 5 ceramah yang dijalankan mengikut tempoh masa yang telah diberi.

Ceramah yang pertama telah disampaikan oleh En. Wan Anor bin Wan Sulaiman yang membincangkan topik : Kemahiran Asas Kaunseling, Rasional dan Aplikasi di Kalangan Kanak-Kanak Berkeperluan Khas.

Ceramah yang kedua telah disampaikan oleh Tn Hj Mohd Sharani Ahmad yang membincangkan topik : Kemahiran Pengajaran dan Pembelajaran Kanak-Kanak Berkeperluan Khas.

Ceramah yang ketiga telah disampaikan oleh Puan Norlizah Matshah yang membincangkan topik : Refleksi Perasaan, Para Frasa Rumusan dan Fokus.

Ceramah yang keempat telah disampaikan oleh Cik Norzihan Ayub yang membincangkan topik :Kemahiran Membina Hubungan, Penerokaan. Dan Mendengar.

Dan akhir sekali ceramah yang kelima telah disampaikan oleh En Zall Kepli Md. Rejab yang membincangkan topik : Kemahiran Non Verbal.


Kejohanan Balapan dan Padang 1Malaysia Pendidikan KhasPeringkat Daerah Penampang


Kejohanan Balapan dan Padang 1Malaysia Pendidikan KhasPeringkat Daerah Penampang.

Kejohanan ini telah dilansungkan pada 21-22 Mac 2o12 bertempat di Kompleks Sukan Penampang buat kali ketiga. Antara sekolah yang mengambil bahagian dalam kejohanan ini ialah seperti :
-        SMK Bahang
-        SMK Datuk Peter Mojuntin
-        SMK Tansau
-        SK Kibabaig
-        SK Bahang
-        SK Penampang
-        SK Contoh

Kejohanan ini berlansung selama dua hari dimana hari pertama banyak tertumpu kepada acara kelayakan, sementara pada hari kedua acara akhir dijalankan.

Kejohanan ini telah dirasmikan oleh En. Bryan Matasing yang mewakili YB Datuk Donald Peter Mojuntin, Adun N.2 Moyog.

Kejohanan ini telah diangkat sebagai acara tahunan bagi Sektor Pendidikan Swasta & Pendidikan Khas Negeri Sabah dan telah ditakwimkan dalam Takwim Pendidikan Khas negeri Sabah. Bertujuan untuk memberi peluang kepada murid-murid dari kategori Bermasalah Pembelajaran untuk bersama-sama mengambil bahagian dalam acara sukan dengan lebih aktif.

Objektif kejohanan ialah seperti :
-        Mencungkil bakat baru dalam sukan balapan dan olahraga.
-        Memilih atlet-atlet balapan dan olahraga daripada kategori Bermasalah Pendengaran dan Pembelajaran untuk mewakili daerah Penampang ke peringkat negeri.
-        Melatih kepimpinan di kalangan guru dalam mengelolakan dan mengendali kejohanan seperti ini.
-        Memenuhi aspirasi Falsafah Pendidikan Negara untuk melahirkan murid-murid yang sihat dan cergas.
-        Menyahut seruan kerajaan dalam menanam minat bersukan di kalangan murid-murid bekeperluan khas.
-        Memberi pendedahan kepada masyarakat sekitar bahawa murid-murid OKU juga boleh menyertai sukan olahraga walaupun dengan kekurangan yang mereka alami.

Tahniah kepada yang berjaya, kepada yang lain berusaha laigi dengan lebih gigih pada kejohanan akan datang. Kepada warga Pendidikan Khas daerah Penampang, setinggi-tinggi tahniah diucapkan kerana menjayakan kejohanan ini dengan semangat tolong menolong antara semua. Tanpa komitmen dan pengorbanan dari anda, kejohanan ini tidak mungkin sebaik ini. Tahniah