Saturday, 21 April 2012

KEMASUKAN MURID KE TAHUN SATU DI SEKOLAH KEBANGSAAN PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI


AKTIVITI



1.       Ibubapa/penjaga menghantar anak ke hospital.


2.       Doktor membuat pemeriksaan dan pengesahan tentang kecacatan.


3.       Ibubapa/penjaga mendaftar anak dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) – Kad OKU . Borang Pendaftaran Dan Cadangan Penempatan Kanak-Kanak Keperluan Khas (BPKKKU – Pindaan 2007)


4.       Ibubapa/penjaga mendaftar anak dengan JPN / Pejabat Pendidikan Daerah. PPD keluarkan surat bagi tujuan ujian temuduga (Murid dan Ibu Bapa) ***(BPKKKU – Pindaan 2009)


5.       Ujian Temuduga Jawatankuasa Penentuan Penempatan Sekolah. Memanjangkan dokumen berkenaan kepada PPD dan PPD ke Unit PKhas SPSPK di Jabatan Pendidikan Negeri.


6.       Jawatankuasa Penempatan Murid Berkeperluan Khas Negeri menentukan sekolah yang sesuai mengikut keperluan dan kekosongan.


7.       Unit Pendidikan Khas SPSPK di Jabatan Pendidikan Negeri menyalurkan senarai penempatan murid yang terpilih masuk ke Program Integrasi kepada Guru Besar / Ibu Bapa berkenaan.


8.       Ibubapa / penjaga membuat pengesahan dengan pihak sekolah. Mengisi borang P.U (A)275


9.       Ibubapa / penjaga mendaftar anak di Sekolah Program Integrasi.

10.     Pra Sekolah (Berumur 4+).


11.     Persekolahan Tahun Satu.

Bengkel Asas Petanque : SMK Datuk Peter Mojuntin [2012]

Satu bengkel permainan Petanque dikalangan guru dan murid Pendidikan Khas telah diadakan di dewan SMK Datuk Peter Mojuntin pada 14 April 2012. Penceramah yang telah dijemput ialah En. Awang Sabtu Pg. Tahir, Setiausaha Persatuan Petanque Sabah. Dalam bengkel ini, para peserta bengkel didedahkan dengan asas-asas permainan petanque seperti sejarah petanque, cara permainan, undang-undang petanque dan akhir sekali aktiviti praktikal yang dijalankan di balapan petanque SMK Datuk Peter Mojuntin.





Home Visit

Aktiviti Home Visit ini ialah merupakan salah satu aktiviti yang diwujudkan bertujuan untuk mengenal dengan lebih rapat tentang profil murid yang ingin dilawat, disamping untuk merapatkan silaturahim antara guru dan keluarga murid.

Diangkat menjadi aktiviti setiap bulan bagi PPKI SK Kibabaig, Home Visit kali ini ialah untuk melawat kediaman adik Ramona di Kawasan perkampungan Moyog Penampang. Perjalanan mengambil masa selama 45minit dari pekan Donggongon Penampang. Setibanya di check point, para guru perlu mendaki bukit untuk sampai ke rumah adik Ramona.

Setibanya di kediaman adik Ramona, borang kaji selidik telah disediakan dan ibubapa adik Ramona telah ditemuramah tentang hal2 berkaitan adik ramona seperti contoh, apa makanan kegemaran, aktiviti selepas balik sekolah, jumlah adik beradik dan banyak lagi.

Home Visit kali ini banyak memberi pengajaran kepada kedua belah pihak. Diharapkan dengan aktiviti sebegini, potensi adik Ramona serta murid-murid yang lain dapat diperkembangkan pada masa akan datang.


Kursus Kemahiran Asas Kaunseling dalam Menangani Kanak-Kanak Berkeperluan Khas


Baru-baru ini, Sekolah Psikologi & Kerja Sosial, Universiti Malaysia Sabah bersama dengan Sektor Pendidikan Swasta & Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Negeri Sabah telah bergabung dan mengadakan kursus ini yang bertempat di DKP 1o UMS pada 31 Mac 2o12.

Majlis ini telah dipengerusikan oleh En. Azahar Che Latif dan program ini telah dijalan selama satu hari bermula dari jam 7.3 pagi hingga jam 5. petang.

Majlis telah dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Dekan Sekolah Psikologi & Kerja Sosial UMS iaitu Prof. Madya Dr. Murnizam Hj. Malik dan seterusnya majlis diteruskan dengan 5 ceramah yang dijalankan mengikut tempoh masa yang telah diberi.

Ceramah yang pertama telah disampaikan oleh En. Wan Anor bin Wan Sulaiman yang membincangkan topik : Kemahiran Asas Kaunseling, Rasional dan Aplikasi di Kalangan Kanak-Kanak Berkeperluan Khas.

Ceramah yang kedua telah disampaikan oleh Tn Hj Mohd Sharani Ahmad yang membincangkan topik : Kemahiran Pengajaran dan Pembelajaran Kanak-Kanak Berkeperluan Khas.

Ceramah yang ketiga telah disampaikan oleh Puan Norlizah Matshah yang membincangkan topik : Refleksi Perasaan, Para Frasa Rumusan dan Fokus.

Ceramah yang keempat telah disampaikan oleh Cik Norzihan Ayub yang membincangkan topik :Kemahiran Membina Hubungan, Penerokaan. Dan Mendengar.

Dan akhir sekali ceramah yang kelima telah disampaikan oleh En Zall Kepli Md. Rejab yang membincangkan topik : Kemahiran Non Verbal.


Kejohanan Balapan dan Padang 1Malaysia Pendidikan KhasPeringkat Daerah Penampang


Kejohanan Balapan dan Padang 1Malaysia Pendidikan KhasPeringkat Daerah Penampang.

Kejohanan ini telah dilansungkan pada 21-22 Mac 2o12 bertempat di Kompleks Sukan Penampang buat kali ketiga. Antara sekolah yang mengambil bahagian dalam kejohanan ini ialah seperti :
-        SMK Bahang
-        SMK Datuk Peter Mojuntin
-        SMK Tansau
-        SK Kibabaig
-        SK Bahang
-        SK Penampang
-        SK Contoh

Kejohanan ini berlansung selama dua hari dimana hari pertama banyak tertumpu kepada acara kelayakan, sementara pada hari kedua acara akhir dijalankan.

Kejohanan ini telah dirasmikan oleh En. Bryan Matasing yang mewakili YB Datuk Donald Peter Mojuntin, Adun N.2 Moyog.

Kejohanan ini telah diangkat sebagai acara tahunan bagi Sektor Pendidikan Swasta & Pendidikan Khas Negeri Sabah dan telah ditakwimkan dalam Takwim Pendidikan Khas negeri Sabah. Bertujuan untuk memberi peluang kepada murid-murid dari kategori Bermasalah Pembelajaran untuk bersama-sama mengambil bahagian dalam acara sukan dengan lebih aktif.

Objektif kejohanan ialah seperti :
-        Mencungkil bakat baru dalam sukan balapan dan olahraga.
-        Memilih atlet-atlet balapan dan olahraga daripada kategori Bermasalah Pendengaran dan Pembelajaran untuk mewakili daerah Penampang ke peringkat negeri.
-        Melatih kepimpinan di kalangan guru dalam mengelolakan dan mengendali kejohanan seperti ini.
-        Memenuhi aspirasi Falsafah Pendidikan Negara untuk melahirkan murid-murid yang sihat dan cergas.
-        Menyahut seruan kerajaan dalam menanam minat bersukan di kalangan murid-murid bekeperluan khas.
-        Memberi pendedahan kepada masyarakat sekitar bahawa murid-murid OKU juga boleh menyertai sukan olahraga walaupun dengan kekurangan yang mereka alami.

Tahniah kepada yang berjaya, kepada yang lain berusaha laigi dengan lebih gigih pada kejohanan akan datang. Kepada warga Pendidikan Khas daerah Penampang, setinggi-tinggi tahniah diucapkan kerana menjayakan kejohanan ini dengan semangat tolong menolong antara semua. Tanpa komitmen dan pengorbanan dari anda, kejohanan ini tidak mungkin sebaik ini. Tahniah 












Friday, 27 January 2012

Pertandingan Bola Sepak 6-Sebelah

 Pada 18 Oktober yang lalu, SK Kolombong telah menjadi tuan rumah bagi kejohanan Bola Sepak 6-Sebelah PPKI peringkat Kota Kinabalu. Pertandingan ini telah disertai oleh beberapa sekolah PPKI sekitar Kota Kinabalu, Penampang dan juga Ranau. Pertandingan ini telah dirasmikan oleh En. Jasmi bin Wahid, Pen. Kanan Pentadbiran dan Kokurikulum SK Kolombong. Johan pertandingan telah dimenangi oleh SK Kolombong dan Naib Johan jatuh kepada SK Kibabaig, Penampang.

Majulah Sukan Untuk Negara.

Selamat Kembali ke sekolah.

Sempena tahun baru 2012 ini kami di blog ini mengucapkan selamat kembali ke sekolah dan selamat menempuh alam persekolahan bagi murid yang baru mendaftar. Semoga tahun 2012 akan memberi makna yang besar dan impaknya akan dapat dirasai oleh semua.

dan di kesempatan ini juga kami ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua yang meraikannya semoga ikatan persahabatan antara kita akan bertambah erat lagi. Gong Xi Fa Cai ^^

Semoga yang baik itu berterusan.