Baru-baru ini,
Sekolah Psikologi & Kerja Sosial, Universiti Malaysia Sabah bersama dengan
Sektor Pendidikan Swasta & Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Negeri Sabah
telah bergabung dan mengadakan kursus ini yang bertempat di DKP 1o UMS pada 31
Mac 2o12.
Majlis ini telah
dipengerusikan oleh En. Azahar Che Latif dan program ini telah dijalan selama
satu hari bermula dari jam 7.3 pagi hingga jam 5. petang.
Majlis telah
dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Dekan Sekolah Psikologi & Kerja
Sosial UMS iaitu Prof. Madya Dr. Murnizam Hj. Malik dan seterusnya majlis
diteruskan dengan 5 ceramah yang dijalankan mengikut tempoh masa yang telah
diberi.
Ceramah yang
pertama telah disampaikan oleh En. Wan Anor bin Wan Sulaiman yang membincangkan
topik : Kemahiran Asas Kaunseling, Rasional dan Aplikasi di Kalangan
Kanak-Kanak Berkeperluan Khas.
Ceramah yang
kedua telah disampaikan oleh Tn Hj Mohd Sharani Ahmad yang membincangkan topik
: Kemahiran Pengajaran dan Pembelajaran Kanak-Kanak Berkeperluan Khas.
Ceramah yang
ketiga telah disampaikan oleh Puan Norlizah Matshah yang membincangkan topik :
Refleksi Perasaan, Para Frasa Rumusan dan Fokus.
Ceramah yang
keempat telah disampaikan oleh Cik Norzihan Ayub yang membincangkan topik :Kemahiran
Membina Hubungan, Penerokaan. Dan Mendengar.
Dan akhir sekali
ceramah yang kelima telah disampaikan oleh En Zall Kepli Md. Rejab yang
membincangkan topik : Kemahiran Non Verbal.
No comments:
Post a Comment