Saturday, 21 April 2012
Bengkel Asas Petanque : SMK Datuk Peter Mojuntin [2012]
Satu bengkel permainan Petanque dikalangan guru dan murid Pendidikan Khas telah diadakan di dewan SMK Datuk Peter Mojuntin pada 14 April 2012. Penceramah yang telah dijemput ialah En. Awang Sabtu Pg. Tahir, Setiausaha Persatuan Petanque Sabah. Dalam bengkel ini, para peserta bengkel didedahkan dengan asas-asas permainan petanque seperti sejarah petanque, cara permainan, undang-undang petanque dan akhir sekali aktiviti praktikal yang dijalankan di balapan petanque SMK Datuk Peter Mojuntin.
Home Visit
Aktiviti Home Visit ini ialah merupakan salah satu aktiviti yang diwujudkan bertujuan untuk mengenal dengan lebih rapat tentang profil murid yang ingin dilawat, disamping untuk merapatkan silaturahim antara guru dan keluarga murid.
Diangkat menjadi aktiviti setiap bulan bagi PPKI SK Kibabaig, Home Visit kali ini ialah untuk melawat kediaman adik Ramona di Kawasan perkampungan Moyog Penampang. Perjalanan mengambil masa selama 45minit dari pekan Donggongon Penampang. Setibanya di check point, para guru perlu mendaki bukit untuk sampai ke rumah adik Ramona.
Setibanya di kediaman adik Ramona, borang kaji selidik telah disediakan dan ibubapa adik Ramona telah ditemuramah tentang hal2 berkaitan adik ramona seperti contoh, apa makanan kegemaran, aktiviti selepas balik sekolah, jumlah adik beradik dan banyak lagi.
Home Visit kali ini banyak memberi pengajaran kepada kedua belah pihak. Diharapkan dengan aktiviti sebegini, potensi adik Ramona serta murid-murid yang lain dapat diperkembangkan pada masa akan datang.
Diangkat menjadi aktiviti setiap bulan bagi PPKI SK Kibabaig, Home Visit kali ini ialah untuk melawat kediaman adik Ramona di Kawasan perkampungan Moyog Penampang. Perjalanan mengambil masa selama 45minit dari pekan Donggongon Penampang. Setibanya di check point, para guru perlu mendaki bukit untuk sampai ke rumah adik Ramona.
Setibanya di kediaman adik Ramona, borang kaji selidik telah disediakan dan ibubapa adik Ramona telah ditemuramah tentang hal2 berkaitan adik ramona seperti contoh, apa makanan kegemaran, aktiviti selepas balik sekolah, jumlah adik beradik dan banyak lagi.
Home Visit kali ini banyak memberi pengajaran kepada kedua belah pihak. Diharapkan dengan aktiviti sebegini, potensi adik Ramona serta murid-murid yang lain dapat diperkembangkan pada masa akan datang.
Kursus Kemahiran Asas Kaunseling dalam Menangani Kanak-Kanak Berkeperluan Khas
Baru-baru ini,
Sekolah Psikologi & Kerja Sosial, Universiti Malaysia Sabah bersama dengan
Sektor Pendidikan Swasta & Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Negeri Sabah
telah bergabung dan mengadakan kursus ini yang bertempat di DKP 1o UMS pada 31
Mac 2o12.
Majlis ini telah
dipengerusikan oleh En. Azahar Che Latif dan program ini telah dijalan selama
satu hari bermula dari jam 7.3 pagi hingga jam 5. petang.
Majlis telah
dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Dekan Sekolah Psikologi & Kerja
Sosial UMS iaitu Prof. Madya Dr. Murnizam Hj. Malik dan seterusnya majlis
diteruskan dengan 5 ceramah yang dijalankan mengikut tempoh masa yang telah
diberi.
Ceramah yang
pertama telah disampaikan oleh En. Wan Anor bin Wan Sulaiman yang membincangkan
topik : Kemahiran Asas Kaunseling, Rasional dan Aplikasi di Kalangan
Kanak-Kanak Berkeperluan Khas.
Ceramah yang
kedua telah disampaikan oleh Tn Hj Mohd Sharani Ahmad yang membincangkan topik
: Kemahiran Pengajaran dan Pembelajaran Kanak-Kanak Berkeperluan Khas.
Ceramah yang
ketiga telah disampaikan oleh Puan Norlizah Matshah yang membincangkan topik :
Refleksi Perasaan, Para Frasa Rumusan dan Fokus.
Ceramah yang
keempat telah disampaikan oleh Cik Norzihan Ayub yang membincangkan topik :Kemahiran
Membina Hubungan, Penerokaan. Dan Mendengar.
Dan akhir sekali
ceramah yang kelima telah disampaikan oleh En Zall Kepli Md. Rejab yang
membincangkan topik : Kemahiran Non Verbal.
Kejohanan Balapan dan Padang 1Malaysia Pendidikan KhasPeringkat Daerah Penampang
Kejohanan Balapan
dan Padang 1Malaysia Pendidikan KhasPeringkat Daerah Penampang.
Kejohanan ini
telah dilansungkan pada 21-22 Mac 2o12 bertempat di Kompleks Sukan Penampang
buat kali ketiga. Antara sekolah yang mengambil bahagian dalam kejohanan ini
ialah seperti :
-
SMK
Bahang
-
SMK
Datuk Peter Mojuntin
-
SMK
Tansau
-
SK
Kibabaig
-
SK
Bahang
-
SK
Penampang
-
SK
Contoh
Kejohanan ini
berlansung selama dua hari dimana hari pertama banyak tertumpu kepada acara
kelayakan, sementara pada hari kedua acara akhir dijalankan.
Kejohanan ini
telah dirasmikan oleh En. Bryan Matasing yang mewakili YB Datuk Donald Peter
Mojuntin, Adun N.2 Moyog.
Kejohanan ini
telah diangkat sebagai acara tahunan bagi Sektor Pendidikan Swasta &
Pendidikan Khas Negeri Sabah dan telah ditakwimkan dalam Takwim Pendidikan Khas
negeri Sabah. Bertujuan untuk memberi peluang kepada murid-murid dari kategori
Bermasalah Pembelajaran untuk bersama-sama mengambil bahagian dalam acara sukan
dengan lebih aktif.
Objektif
kejohanan ialah seperti :
-
Mencungkil
bakat baru dalam sukan balapan dan olahraga.
-
Memilih
atlet-atlet balapan dan olahraga daripada kategori Bermasalah Pendengaran dan
Pembelajaran untuk mewakili daerah Penampang ke peringkat negeri.
-
Melatih
kepimpinan di kalangan guru dalam mengelolakan dan mengendali kejohanan seperti
ini.
-
Memenuhi
aspirasi Falsafah Pendidikan Negara untuk melahirkan murid-murid yang sihat dan
cergas.
-
Menyahut
seruan kerajaan dalam menanam minat bersukan di kalangan murid-murid
bekeperluan khas.
-
Memberi
pendedahan kepada masyarakat sekitar bahawa murid-murid OKU juga boleh
menyertai sukan olahraga walaupun dengan kekurangan yang mereka alami.
Tahniah kepada
yang berjaya, kepada yang lain berusaha laigi dengan lebih gigih pada kejohanan
akan datang. Kepada warga Pendidikan Khas daerah Penampang, setinggi-tinggi
tahniah diucapkan kerana menjayakan kejohanan ini dengan semangat tolong
menolong antara semua. Tanpa komitmen dan pengorbanan dari anda, kejohanan ini
tidak mungkin sebaik ini. Tahniah
Friday, 27 January 2012
Pertandingan Bola Sepak 6-Sebelah
Pada 18 Oktober yang lalu, SK Kolombong telah menjadi tuan rumah bagi kejohanan Bola Sepak 6-Sebelah PPKI peringkat Kota Kinabalu. Pertandingan ini telah disertai oleh beberapa sekolah PPKI sekitar Kota Kinabalu, Penampang dan juga Ranau. Pertandingan ini telah dirasmikan oleh En. Jasmi bin Wahid, Pen. Kanan Pentadbiran dan Kokurikulum SK Kolombong. Johan pertandingan telah dimenangi oleh SK Kolombong dan Naib Johan jatuh kepada SK Kibabaig, Penampang.
Majulah Sukan Untuk Negara.
Majulah Sukan Untuk Negara.
Selamat Kembali ke sekolah.
Sempena tahun baru 2012 ini kami di blog ini mengucapkan selamat kembali ke sekolah dan selamat menempuh alam persekolahan bagi murid yang baru mendaftar. Semoga tahun 2012 akan memberi makna yang besar dan impaknya akan dapat dirasai oleh semua.
dan di kesempatan ini juga kami ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua yang meraikannya semoga ikatan persahabatan antara kita akan bertambah erat lagi. Gong Xi Fa Cai ^^
Semoga yang baik itu berterusan.
dan di kesempatan ini juga kami ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua yang meraikannya semoga ikatan persahabatan antara kita akan bertambah erat lagi. Gong Xi Fa Cai ^^
Semoga yang baik itu berterusan.
Sunday, 30 October 2011
Aktiviti PPKI sepanjang Bulan November 2011
Untuk makluman semua, berikut adalah beberapa acara yang bakal belansung sepanjang bulan november ini khusus untuk warga Pendidikan Khas. Semoga dengan pelaksanaan program sebegini akan dapat memberi pengalaman dan pada masa yag sama dapat mendidik anak-anak Pendidikan Khas untuk lebih berketrampilan dan punya personaliti yang positif.
AKTIVITI BULAN NOVEMBER 2011
• KARNIVAL PRASEKOLAH PENDIDIKAN KHAS KEBANGSAAN KALI 1/2011; 2-4 NOV 2011-SELANGOR
• KEM BESTARI SOLAT j-QAF PENDIDIKAN KHAS KEBANGSAAN 2011; 1-2 NOV 2011-MELAKA.
• PROGRAM KESENIAN PENDIDIKAN KHAS, PERSEMBAHAN KOD TANGAN; 14-17 NOV 2011-PERAK
• PERTANDINGAN KESENIAN DAN EKSPEDISI SENI PENDIDIKAN KHAS KEBANGSAAN 1 MALAYSIA 2011; 8-11 NOV 2011-TERENGGANU
• PROGRAM PERKHEMAHAN PENDIDIKAN KHAS MALAYSIA 2011, AGOONOREE MALAYSIA KALI PERTAMA 2011-JOHOR
PPKI SABAH.
• KLINIK FUTSAL PPKI ; 10 NOV 2011-KOTA KINABALU
• KLINIK PENTANQUE; 12 NOV 2011-KOTA KINABALU
• KURSUS KEPIMPINAN MANIKAYU PENGENALAN, RENDAH DAN MENENGAH NEGERI SABAH 2011;5 NOV 2011-KOTA KINABALU
• KEM 1 MURID 1 SUKAN;14-16 NOV 2011-KIULU
Labels:
2011,
Kota Kinabalu,
Pendidikan Khas,
PPKI,
Sabah
Location:
Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Subscribe to:
Posts (Atom)

