Tahniah atas penganjuran pertandingan tahun ini.Syabas kepada yang berjaya dan kepada yang kurang berjaya, cuba lagi dalam pertandingan akan datang.
credit : Hairiah Tea Cha Hai
Saturday, 21 April 2012
Kursus Kemahiran di Kolej Vokasional Keningau tahun 2013
Kemasukan Pelajar Pendidikan Khas untuk mengikuti Kursus Kemahiran di Kolej Vokasional Keningau pada tahun 2013.
Pengambilan hanya dibuka kepada semua pelajar Pendidikan Khas di
seluruh Sabah lepasan Tingkatan 3. Kursus yang ditawarkan pada masa ini
adalah :
1. Kursus Juruteknik Elektrik Rendah dan
2. Kursus Pembuat Perabot.
Program Road Show Kolej Vokasional Keningau (Pendidikan Khas) akan diadakan di seluruh Sabah dalam jangka masa terdekat ini, jangan lepaskan peluang untuk mengikuti program bergerak ini dan ambil peluang untuk mengenali kursus yang ditawarkan yang bersesuaian dengan pelajar.
kemasukan hanya dibuka untuk pengambilan tahun 2013 sahaja. Ini disebabkan kuota kemasukan setiap tahun sentiasa penuh. Pendaftaran boleh dibuat secara online menerusi iklan dalam laman web KPM. Harap maklum.
Falsafah Pendidikan Negara
"Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada
Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara."
Panduan Mengajar Kemahiran Membaca Kepada Anak Autisma
PANDUAN 1.
Gantungkan beberapa kad perkataan pada dinding. Perkataan pada kad terdiri perkataan yang telah di ketahui dan juga perkataan baru bagi mereka. Contohnya perkataan "lari', arah anak tersebut gantungkan perkataan "lari" di sebelah perkataan "saya" (anggaplah perkataan "saya" sudah difahami) sambil menyebut dan mengulang perkataan tersebut.
Jika perlu beberapa perkara boleh dilakukan mengikut keupayaan anak murid;
1. Arahkan anak murid melukis perbuatan "berlari" di sebelah kad perkataan "lari".
2. Arahkan anak murid melakukan perbuatan "belari"
3. Arahkan anak murid memadankan perkataan "lari" dengan kad imbas "berlari".
*** panjangkan / pelbagaikan ayat mengikut keperluan dan lakukan secara berulang.
PANDUAN 2.
Isi bakul atau baldi dengan pelbagai jenis bahan bacaan. Bahan-bahan ini boleh berkisar dari fiksyen dan buku non-fiksyen kanak-kanak, majalah alam, manual, brosur perjalanan, atau apa pun yang bergambar atau diagram. Pastikan juga anda menyertakan bahan bacaan yang berkaitan dengan topik yang dipelajari dan juga mampu menarik minat mereka.
PANDUAN 3.
Di satu bahagian di bilik, sediakan satu pusat menulis. Sediakan pelbagai jenis peralatan menulis dan melukis dalam pusat tersebut seperti pen, pensel, marker, warna lilin, pensel warna, chop dan papan menulis magnetic. Galakkan anak murid untuk sering menggunakan peralatan tersebut walaupun kelihatan mereka tidak pun menulis sesuatu perkataan yang dibacanya.
PANDUAN 4.
Hasilkan sebuah buku berdasarkan aktiviti yang dilakukan di dalam bilik darjah / rumah. Gunakan kamera digital untuk mengambil gambar pelbagai aktiviti yang dilakukan oleh anak murid dan tampalkan gambar yang sudah dicetak di dalam buku nota yang disediakan. Galakkan anak murid untuk "membaca" buku tersebut dengan menambah atau memberi keterangan sendiri terhadap gambar yang dilihat. Atau biarkan meraka imlak keterangan yakni guru/ibubapa menulis keterangan yang disebut anak murid dan kemudiannya baca kan semula keterangan tersebut kepada mereka.
PANDUAN 5.
Bacakan kepada mereka sekerap mungkin. Jelaskan detail dalam gambar, dan minta mereka untuk melakukan hal yang sama untuk memastikan bahawa mereka memahami apa yang anda baca.
**TIPS & !!AMARAN
** Fokus pada perkataan yang anak murid bermotovasi untuk belajar. Contohnya, jika anakmurid suka belajar tentang bunga, membaca tentang bunga, tengok bunga, dan galakkan mereka untuk mengimlakkan cerita bagaimana bunga tersebut membesar/tumbuh.
!! Meskipun kebanyakkan kanak-kanak belajar dengan baik dengan pendekatan phonics, ini sebenarnya jarang berlaku untuk anak autisma. Fokus pada pengajaran bahasa secara keseluruhan sebagai gantinya. Jangan memaksa anak-anak untuk membaca. Sebaliknya, sediakan mereka dengan persekitaran yang boleh memotivasikan mereka untuk mahir dalam kemahiran membaca.
Sumber:
http://prappki.blogspot.com/
http://www.ceritarasahati2.com/
Perbezaan Murid Disleksia dengan murid Pemulihan Khas
Disleksia
o1. Keupayaan intelek searas atau lebih
o2. Aras kecerdasan 100 dan lebih
o3. Kurang memahami apa yg diperkatakan dan berpengetahuan dari segi lisan.
Pemulihan.
o1. Keupayaan intelek yg terhad
o2. Aras kecerdasan 70 dan kurang
o3. Masalah membaca dan menulis berterusan
PPI - RPI: SENARAI SEKOLAH YANG SEDIA ADA USER ID
(19)SK RANCA-RANCA WP LABUAN
(20)SMK LAJAU, LABUAN
(44)SK BANDAR TAWAU II,Sabah
(45)SMK DATUK PETER MOJUNTIN, Sabah
(46)SM TEKNIK KENINGAU,Sabah
(47)SMK BADIN,Sabah
(70)SMK. BAHANG, PENAMPANG,Sabah
(71)SK. KIBABAIG, PENAMPANG,Sabah
(72)SK. PENAMPANG, SABAH
(73)SK. KG. CONTOH, PENAMPANG,Sabah
(74)SK. LUYANG, KOTA KINABALU,SABAH
(75)SK. BAHANG, PENAMPANG, SABAH
*****Sumber Facebook PPI-RPI oleh Puan Suraya Ahmad Zathu

BIDANG TUGAS PEMBANTU PENGURUSAN MURID PPKI
Pengurusan Kelas Akademik Pendidikan Khas
1. Menjaga Hal Ehwal Murid Pendidikan Khas
2. Pengurusan Bilik Darjah/Bangunan Pendidikan Khas
3. Pengurusan Dokumen dan Stok Pendidikan Khas
4. Perjalanan Pengajaran dan Pembelajaran5. Pengurusan / Pergerakan dan Aktiviti Murid Pendidikan Khas (Mobiliti)
6. Tugas Sewaktu Cuti Sekolah
PENGHURAIAN KERJA BAGI SKIM PERKHIDMATAN PEMBANTU PENGURUSAN MURID
1. SKIM PERKHIDMATAN 1.1 Pembantu Pengurusan Murid Gred N17, N 22
2. PERINGKAT ORGANISASI2.1 Kelas Akademik Pendidikan Khas
3. RINGKASAN TUGAS3.1 Bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas membantu guru di kelas-kelas akademik pendidikan khas di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia.
4. SKOP FUNGSI DAN BIDANG TUGASPembantu Pengurusan Murid ( PPM ) bertanggungjawab ke atas tugas-tugas seperti berikut:-
4.1 Menjaga Hal Ehwal Murid Pendidikan Khas
4.2 Mengawasi murid semasa perubahan P&P/ sewaktu guru
4.3 Menjaga murid yang sakit sementara menunggu kedatangan ibu bapa/penjaga/ semasa urusan ke hospital.
4.4 Membantu merawat kecederaan ringan yang dialami oleh murid.
4.5 Bersama murid pada perhimpunan rasmi sekolah.
4.6 Menjadi contoh dan teladan yang baik kepada murid dari segi tingkah laku, tutur bahasa dan kekemasan diri.
4.7 Membantu menguruskan murid baru.
4.8 Membantu mengambil dan menghantar buku rekod kedatangan murid ke pejabat.
4.9 Membantu mengawasi murid sewaktu RMT dan semasa rehat.
5. PENGURUSAN BILIK DARJAH/ BANGUNAN PENDIDIKAN KHASBertanggungjawab membuka dan menutup kelas serta memastikan kelas dalam keadaan terurus sebelum dan selepas P&P.
5.1 Memastikan kebersihan dalam dan luar bilik darjah/bangunan Pendidikan Khas.
5.2 Memastikan kebersihan di dalam dan di luar tandas Pendidikan Khas.
5.3 Membantu murid menjaga projek pendidikan khas seperti kebun, taman dan lain-lain.
5.4 Membantu menjaga keselamatan alatan di dalam dan di luar bilik darjah/ bangunan Pendidikan Khas.
5.5 Membantu menyediakan ruang maklumat dan mengemaskini papan kenyataan dari semasa ke semasa.
5.6 Membantu mewujudkan suasana bilik darjah yang kondusif.
5.7 Membantu menceriakan dalam dan luar bilik darjah/bangunan Pendidikan Khas.
5.8 Membantu memastikan kandungan peralatan dalam peti ubat dan alat pemadam api masih boleh digunakan.
6. PENGURUSAN DOKUMEN DAN STOK PENDIDIKAN KHAS
6.1 Membantu menyusun fail Pendidikan Khas dengan teratur dan mudah diperolehi.
6.2 Membantu dalam pengurusan surat menyurat.
6.3 Membantu mengemas kini data murid setiap bulan.
6.4 Membantu mengemas kini rekod dan fail murid.
6.5 Membantu membuat inventori peralatan dan perabot di dalam kelas.
7. PERJALANAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
7.1 Membantu menyediakan bahan,peralatan dan buku yang diminta oleh guru sebelum sesi P & P7.2 Membantu mengurus masalah tingkahlaku murid semasa P&P sekiranya perlu.
7.3 Membantu menguruskan murid semasa aktiviti P&P sekiranya perlu.
7.4 Membantu murid inklusif di kelas aliran perdana sekiranya perlu.
8 PENGURUSAN/PERGERAKAN DAN AKTIVITI MURID PENDIDIKAN KHAS (MOBILITI)Membantu:
8.1 Menguruskan murid yang tidak mampu berjalan atau bergerak dengan sendiri untuk ke sesuatu tempat .
8.2 Setiap aktiviti terapi dan aktiviti luar contohnya terapi renang, terapi berkuda, senamrobik, terapi refleksiologi, aktiviti sukan dan aktiviti lawatan.
8.3 Mengawasi pergerakan murid ketika mereka menjalani aktivitim kokurikulum.
8.4 Menghantar dan mengambil murid inklusif di kelas aliran perdana.
9 TUGAS SEWAKTU CUTI SEKOLAH
9.1 CUTI PENGGALMemastikan:
9.1.1 Bilik darjah dan tandas di blok pendidikan Khas sentiasa bersih, kemas dan selamat.
9.1.2 Semua peralatan kelas dalam keadaan selamat dan tidak rosak.
9.1.3 Projek Pendidikan Khas seperti kebun, taman dan lain-lain sentiasa dijaga dengan baik.
9.1.4 Menghubungi Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas/ Penyelaras sekiranya diperlukan untuk tindakan segera.
9.2 CUTI AKHIR TAHUN Memastikan:
9.2.1 Bilik darjah dan tandas di blok pendidikan Khas sentiasa bersih, kemas dan selamat.
9.2.2 Semua peralatan kelas dalam keadaan selamat dan tidak rosak
9.2.3 Projek Pendidikan Khas seperti kebun, taman dan lain-lain sentiasa dijaga dengan baik.
9.2.4 Menyemak stok dan inventori.
9.2.5 Melabel dan mengemaskini sistem fail.
9.2.6 Menyediakan borang-borang dan fail untuk pendaftaran murid baru.
9.2.7 Menghubungi Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas/Penyelaras atau Guru Pendidikan Khas yang lain sekiranya diperlukan untuk tindakan segera.
10. TUGAS-TUGAS RASMI LAIN YANG DIARAHKAN DARI SEMASA KE SEMASA OLEH PIHAK PENGURUSAN
Sumber: Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas, JPN Wilayah Persekutuan WEBSITE
http://www.upkkl.com/

Ujian Diagnostik untuk anak-anak bekeperluan khas
Ujian diognastik
Ujian diagnostik merupakan satu instrument yang digunakan untuk mengukur daerah kelemahan murid secara terperinci. melalui ujian ini, guru dapat mengenal pasti apakah masalah sebenar murid di peringkat awal. Hal ini secara tidak langsung akan memudahkan guru merancang kejayaan program Pemulihan kelak.
Ujian diagnostik dibina berdasarkan beberapa perkara iaitu :
soalan dibahagikan kepada beberapa bahagian :
- Diagnostik Pengamatan
- Diagnostik Lisan
- Diagnostik Tulisan
Diagnostik Pengamatan
Tujuan pelaksanaan ujian ini adalah untuk mengesan kelemahan keupayaan murid seperti gerak mata, koordinasi mata-tangan dan kecekapan saraf. Sebahagian soalan mengandungi arahan-arahan yang perlu disebut oleh guru dan dilakukan oleh murid.
Diagnostik Lisan
Tujuan pelaksanaan ujian ini adalah untuk mengesan kelemahan keupayaan murid seperti pertuturan, gagap, gerak mata, membaca, menyebut, mengeja, membatang perkataan. Sebahagian soalan ada meminta murid memberikan pendapat mengenai sesuatu gambar yang ditunjukkan.
Diagnostik Tulisan
Tujuan pelaksanaan ujian ini adalah untuk mengesan kelemahan keupayaan murid dari segi pergerakan tangan dan mata. Murid diuji secara langsung berdasarkan soalan dalam aspek koordinasi mata dan tangan, kekemasan menulis, menulis dengan cermat, tulisan yang boleh dibaca, setara dan berstruktur. Sebahagian soalan akan menyerlahkan kesilapan murid semasa menulis seperti menulis terbalik, menulis tidak mengikut susunan, tulisan comot, struktur ayat yang bercampur aduk hufur besar dan kecil.
Selesai pelaksanaan ujian diagnostik, guru bolehlah membuat analisa setelah mengetahui daerah kelemahan murid. Di sini, guru perlu mengasingkan murid mengikut daerah kelemahan masing-masing. sekiranya murid A, B dan F tidak boleh mengeja suku kata KV+KVKK, guru perlu meletakkan mereka dalam satu kumpulan. Jika murid C, G dan H tidak boleh membina ayat, mereka perlu diasingkan dalam satu kumpulan yang lain.
credit to By Hairiah Tea Cha Hai in Komuniti Guru-Guru PPKI (Pendidikan Khas), Negeri Sabah ·
Takwim Pengurusan EMK 2012
BIL | TARIKH | TEMPOH | AKTIVITI | TINDAKAN |
FASA 1 (Permohonan pada Januari 2012) | ||||
1 | 08- 13 Jan 2012 | 6 hari | Taklimat kepada PPD/ Pengetua/Guru Besar | JPN |
2 | 08-13 Jan 2012 | 6 hari | Mengedarkan borang permohonan kepada murid | Pengetua/Guru Besar |
3 | 18 - 31 Jan 2012 | 2 minggu | Key-in permohonan EMK secara online | Sekolah |
4 | 18 - 31 Jan 2012 | 2 minggu | Mengesahkan permohonan yang diterima daripada sekolah | BPKhas/BPTV/JPN |
5 | Februari 2012 | Menurunkan peruntukan kepada BPKhas/BPTV/JPN | BKew | |
FASA 2 (Permohonan pada September 2012) | ||||
6 | 1 -30 Sept 2012 | 1 Bulan | Key-in permohonan EMK secara online | Sekolah |
7 | 1 - 30 Sept 2012 | 1 Bulan | Mengesahkan permohonan yang diterima daripada sekolah | BPKhas/BPTV/JPN |
8 | Oktober 2012 | Menurunkan peruntukan kepada BPKhas/BPTV/JPN | Bkew |
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN AJK KECIL KOKURIKULUM PPKI SABAH 2012-2013
NAMA | PENGERUSI TEKNIK/LATIHAN | SEKOLAH | TELEFON |
NORIS BIN MARLIN | Balapan dan Padang | SK PEKAN TELIPOK | 019-8935717 |
KAMARUDIN MAD ARIF | SK LUYANG | 019-8717278 | |
SUFRIMADI BIN SANORDIO | Tilawah Al-Quran | SK KAMPUNG SELAMAT | 019-8545693 |
MOHD RIZAL BIN RAMELIN | Pengakap | SK PENAMPANG | 012-6227926 |
ROSMAINEH BIN ROSLI | SMK BEAUFORT, BEAUFORT | 013-5588649 | |
RAZIF BIN RADUAN | Boling | SMK TANSAU, PENAMPANG | 019-8839600 |
SAMSIR BIN YASYO | Futsal | SK KOLOMBONG | 013-8308002 |
FARAH AIDA SANIP | Bola Jaring | SM TEKNIK, KENINGAU | 013-7307907 |
ALUISTER BIN BALANG | Petanque | SMK BEAUFORT, BEAUFORT | 013-8793797 |
MALAKIN TARINTIM | Goal Ball | SMK BADIN, TUARAN | 019-8021240 |
NELLY PUKOT | Kesenian/Kebudayan | SMK KOLOMBONG | 019-8321682 |
NAMA | JURULATIH | SEKOLAH | TELEFON |
PAUL GINDONG | Balapan dan Padang | SMK ARSHAD, KOTA BELUD | 019-8011496 |
FATIMAH ZAHARA MOHD KAMAL | Tilawah Al-Quran | SK KAMPUNG SELAMAT | 019-4337356 |
ASMAN BIN HANAPI | Boling | SMK BENONI, PAPAR | 019-8733579 |
BURHANUDDIN B. LAODING | Futsal | SK KIBABAIG | 013-8830213 |
AZLEEN SHUHAIDA MOHD AZHAR | Bola Jaring | SM TEKNIK, KENINGAU | 013-3655466 |
ROSNI BINTI TAHIR | Petanque | SMK BEAUFORT, BEAUFORT | 013-8798008 |
BONNIE SOINEH | Goal Ball | SMK BADIN, TUARAN | 013-8602055 |
KEMASUKAN MURID KE TAHUN SATU DI SEKOLAH KEBANGSAAN PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI
AKTIVITI
1. Ibubapa/penjaga menghantar anak ke
hospital.
2. Doktor membuat pemeriksaan dan
pengesahan tentang kecacatan.
3. Ibubapa/penjaga mendaftar anak
dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) – Kad OKU . Borang Pendaftaran Dan
Cadangan Penempatan Kanak-Kanak Keperluan Khas (BPKKKU – Pindaan 2007)
4. Ibubapa/penjaga mendaftar anak dengan
JPN / Pejabat Pendidikan Daerah. PPD keluarkan surat bagi tujuan ujian temuduga
(Murid dan Ibu Bapa) ***(BPKKKU – Pindaan 2009)
5. Ujian Temuduga Jawatankuasa
Penentuan Penempatan Sekolah. Memanjangkan dokumen berkenaan kepada PPD dan PPD
ke Unit PKhas SPSPK di Jabatan Pendidikan Negeri.
6. Jawatankuasa Penempatan Murid
Berkeperluan Khas Negeri menentukan sekolah yang sesuai mengikut keperluan dan kekosongan.
7. Unit Pendidikan Khas SPSPK di
Jabatan Pendidikan Negeri menyalurkan senarai penempatan murid yang terpilih
masuk ke Program Integrasi kepada Guru Besar / Ibu Bapa berkenaan.
8. Ibubapa / penjaga membuat pengesahan
dengan pihak sekolah. Mengisi borang P.U (A)275
9. Ibubapa / penjaga mendaftar anak di
Sekolah Program Integrasi.
10. Pra Sekolah (Berumur 4+).
11. Persekolahan Tahun Satu.
Bengkel Asas Petanque : SMK Datuk Peter Mojuntin [2012]
Satu bengkel permainan Petanque dikalangan guru dan murid Pendidikan Khas telah diadakan di dewan SMK Datuk Peter Mojuntin pada 14 April 2012. Penceramah yang telah dijemput ialah En. Awang Sabtu Pg. Tahir, Setiausaha Persatuan Petanque Sabah. Dalam bengkel ini, para peserta bengkel didedahkan dengan asas-asas permainan petanque seperti sejarah petanque, cara permainan, undang-undang petanque dan akhir sekali aktiviti praktikal yang dijalankan di balapan petanque SMK Datuk Peter Mojuntin.
Home Visit
Aktiviti Home Visit ini ialah merupakan salah satu aktiviti yang diwujudkan bertujuan untuk mengenal dengan lebih rapat tentang profil murid yang ingin dilawat, disamping untuk merapatkan silaturahim antara guru dan keluarga murid.
Diangkat menjadi aktiviti setiap bulan bagi PPKI SK Kibabaig, Home Visit kali ini ialah untuk melawat kediaman adik Ramona di Kawasan perkampungan Moyog Penampang. Perjalanan mengambil masa selama 45minit dari pekan Donggongon Penampang. Setibanya di check point, para guru perlu mendaki bukit untuk sampai ke rumah adik Ramona.
Setibanya di kediaman adik Ramona, borang kaji selidik telah disediakan dan ibubapa adik Ramona telah ditemuramah tentang hal2 berkaitan adik ramona seperti contoh, apa makanan kegemaran, aktiviti selepas balik sekolah, jumlah adik beradik dan banyak lagi.
Home Visit kali ini banyak memberi pengajaran kepada kedua belah pihak. Diharapkan dengan aktiviti sebegini, potensi adik Ramona serta murid-murid yang lain dapat diperkembangkan pada masa akan datang.

Kursus Kemahiran Asas Kaunseling dalam Menangani Kanak-Kanak Berkeperluan Khas
Baru-baru ini,
Sekolah Psikologi & Kerja Sosial, Universiti Malaysia Sabah bersama dengan
Sektor Pendidikan Swasta & Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Negeri Sabah
telah bergabung dan mengadakan kursus ini yang bertempat di DKP 1o UMS pada 31
Mac 2o12.
Majlis ini telah
dipengerusikan oleh En. Azahar Che Latif dan program ini telah dijalan selama
satu hari bermula dari jam 7.3 pagi hingga jam 5. petang.
Majlis telah
dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Dekan Sekolah Psikologi & Kerja
Sosial UMS iaitu Prof. Madya Dr. Murnizam Hj. Malik dan seterusnya majlis
diteruskan dengan 5 ceramah yang dijalankan mengikut tempoh masa yang telah
diberi.
Ceramah yang
pertama telah disampaikan oleh En. Wan Anor bin Wan Sulaiman yang membincangkan
topik : Kemahiran Asas Kaunseling, Rasional dan Aplikasi di Kalangan
Kanak-Kanak Berkeperluan Khas.
Ceramah yang
kedua telah disampaikan oleh Tn Hj Mohd Sharani Ahmad yang membincangkan topik
: Kemahiran Pengajaran dan Pembelajaran Kanak-Kanak Berkeperluan Khas.
Ceramah yang
ketiga telah disampaikan oleh Puan Norlizah Matshah yang membincangkan topik :
Refleksi Perasaan, Para Frasa Rumusan dan Fokus.
Ceramah yang
keempat telah disampaikan oleh Cik Norzihan Ayub yang membincangkan topik :Kemahiran
Membina Hubungan, Penerokaan. Dan Mendengar.
Dan akhir sekali
ceramah yang kelima telah disampaikan oleh En Zall Kepli Md. Rejab yang
membincangkan topik : Kemahiran Non Verbal.
Subscribe to:
Posts (Atom)